01 March 2017

AL-FATIHAH - TAN SRI JINS SHAMSUDIN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Negara kehilangan seorang lagi pelakon veteran berbakat besar yang sezaman dengan Tan Sri P.Ramlee iaitu Tan Sri Jins Shamsuddin, 82, apabila disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Awalnya, Allahyarham telah sesak nafas selepas minum petang di rumahnya jam 5.45 petang tadi.





"Melihat keadaannya yang sesak nafas selepas minum petang, ibu menghantar ke sebuah klinik berdekatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia," ujar anak kedua Allahyarham, Putera Hang Jebat yang mengesahkan berita sedih tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Napiah turut memberi kenyataan sebentar tadi:



"Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air iaitu Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin sebentar tadi di Klinik Idzham Taman Melawati.

"Seniman akan memaklumkan maklumat lanjut dari masa ke semasa…Seniman mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Tan Sri..Seniman juga menganggap kehilangan ini adalah kehilangan yang sangat besar oleh seluruh industri seni Negara.. Al-Fatihah."

Untuk info, Allahyarham dilaporkan menghidap penyakit Alzheimer sejak enam tahun lalu. Al-Fatihah.



Sumber: HM


         ________________________





No comments: