30 March 2017

BERBAJU SINGKAT, BERSELUAR KETAT - NEELOFA DIKECAM



Dek gara-gara penampilan pada majlis Sidang Media Anugerah Meletop Era 2017 (AME2017), pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa telah dikecam oleh netizen.

Ini kerana, ramai yang kurang senang dengan penampilan Neelofa pada majlis tersebut. Dakwa mereka seluar yang dipakai Neelofa terlalu ketat, tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung dan bergelar Hajjah.

Klik untuk gambar besar




Iyalah, masyarakat kita selalu berharap agar mereka yang mempunyai gelaran sebegitu akan menjadi seseorang yang lebih baik dan turut menjaga setiap aspek diri mereka.

Bukan mudah untuk bergelar selebriti popular seperti Neelofa. Setiap tindak-tanduknya pasti akan diperhatikan oleh peminat. Kadang-kadang, peminat ibarat ingin menentukan setiap pergerakan dan penampilan artis mengikut apa yang mereka mahukan.















         ________________________





No comments: