30 March 2017

MASUK HOSPITAL - ISTERI SHUKRI YAHAYA KENA JANGKITAN KENCING TIKUS



"Doktor mengesahkan dia terkena jangkitan kencing tikus, alhamdulillah selepas dua hari ditahan di wad, keadaan isteri semakin stabil.

"Bagaimanapun, Tya terpaksa ditahan untuk tempoh tiga hari lagi kerana perlu dipantau doktor," kata pelakon Shukri Yahaya, 29, mengenai keadaan isterinya, Tya Adnan.

Pada Ahad lalu, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 25, telah dimasukkan ke pusat perubatan di Kajang akibat terkena jangkitan kencing tikus.

Klik untuk gambar besar




Menurut Shukri, pada awalnya Tya mengalami demam yang berlarutan selama 10 hari.

"Ketika itu, suhu badannya juga meningkat sehingga 39 ke 40 darjah Selcius. Pada waktu malam pula, demamnya semakin menjadi-jadi sehingga menggigil. Selain itu, badannya turut ditumbuhi bintik-bintik kemerahan," jelasnya.

Dalam pada itu, Shukri berkata, buat masa ini, Tya dijaga olehnya dan anggota keluarga.

"Mujur saya tidak terikat dengan penggambaran drama atau komitmen lain. Jadi, saya banyak meluangkan masa untuk bersamanya di hospital," ujarnya yang juga bersyukur kerana anaknya, Aaira Ameena yang kini berusia tujuh bulan berada dalam keadaan baik dan dijaga ibunya.




Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: