Baru-baru ini, vokalis kumpulan XPDC, Mael telah ditemui rebah dan tidak sedarkan diri di rumahnya. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.
Bagaimanapun, menurut pengurus iaitu Yazid, Mael yang kini dalam keadaan stabil itu dimasukkan ke hospital berkenaan adalh disebabkan seranag penyakit gout dan bukannya kerana nazak seperti yang diperkatakan ramai.
"Mael sedang mendapatkan rawatan di wad kecemasan kerana serangan penyakit gout dan keadaannya sudah stabil, bukannya nazak seperti yang diperkatakan ramai.
Klik untuk gambar besar
"Cuma, berikutan keadaan dirinya yang agak lemah membuatkan doktor memasukkan air ke dalam badan penyanyi itu, " katanya.
Semalam, cerita kononnya Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim sedang nazak selepas ditemui rebah di rumahnya bertebaran di media sosial.
Sementara itu, Yazid berkata, beliau tidak pasti sama ada Mael akan terus ditahan di hospital kerana beliau sendiri belum dapat berjumpa dengan penyanyi itu.
"Sekarang ini, segala maklumat mengenai Mael saya dapat menerusi perbualan telefon bersama rakannya yang menemani beliau di hospital.
"Buat waktu ini, rakannya memberitahu Mael dalam keadaan baik, cuma tidak pasti adakah beliau akan ditahan di hospital atau tidak," ujarnya.
Yazid berkata, Mael mengalami penyakit gout sejak kira-kira setahun lalu dan sering berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment