30 March 2017

ISU RUMAH TANGGA AQASHA - RITA RUDAINI TAK KISAH APA YANG DIPERKATAKAN



Sebelum ini hangat diperkatakan isu rumah tangga pelakon Aqasha yang sedang bermasalah apabila isterinya, Baizura Basri memuatnaik luahan resahnya.

Lebih hangat lagi apabila nama pelakon Rita Rudaini dikaitkan menjadi punca keretakan tersebut apabila perbualan mesra di antara Rita dan Aqasha tersebar.

Ditanya mengenai tersebut, Rita berkata yang beliau enggan mengambil pusing mengenai kecaman dari peminat berikutan pergolakkan rumah tangga pelakon, Aqasha mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga.

Klik untuk gambar besar




"Saya tak mahu komen apa-apa. Tak perlu saya panjangkan isu ini. Saya tak kisah apa yang berlaku dan apa yang diperkatakan orang.

"Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap. Biarlah apa saja tanggapan orang terhadap saya. Apa yang penting saya fokus dengan apa yang dilakukan.

"Saya lebih fokus terhadap perkara yang di cintai. Kerjaya saya harus diteruskan dan apa yang saya mulakan tidak boleh terhenti begitu saja. Saya ada anak untuk dibesarkan," jelasnya mengenai dakwaan dirinya menjadi orang ketiga.

Bagaimanapun Rita yang terkenal dengan ketabahannya memperjuangkan haknya percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Buat masa ini, beliau lebih selesa memberikan fokus terhadap kerjayanya dan menjadikan fitnah yang dilemparkan sebagai kekuatannya.




Sumber: BH Plus



         ________________________





No comments: