30 March 2017

MAWAR RASHID: "HUBUNGAN DENGAN RAF YAACOB DIRESTUI KELUARGA"



Jika sebelum ini pelakon Mawar Rashid agak berahsia tentang hubungan mereka, terkini beliau bersikap lebih terbuka mengenai kekasihnya itu termasuk di media sosial, kerana mahu mengelakkan tanggapan negatif tentang hubungan mereka.

Mawar kini akui beliau sedang bercinta dengan Raf Yaakob dan sedang mengenali hati budi masing-masing sejak dua bulan lalu. Malah, hubungan itu juga mendapat restu keluarganya.

Kata Mawar, beliau sebenarnya tidak pernah menyangka akan bertemu dengan seseorang yang mampu untuk membimbing beliau ke arah yang lebih baik.

Klik untuk gambar besar




"Memang pada mulanya saya berhasrat untuk tidak memikirkan soal cinta buat waktu ini, namun jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah.

"Soal cepat dan lambat, itu juga adalah ketentuan-Nya. Saya pula dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai pakej lengkap dan berasal dari keluarga yang baik.

"Memandangkan keluarga juga memberikan restu kepada kami untuk saling mengenali hati budi, saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik. Apa yang penting, Raf boleh membimbing saya di dunia dan akhirat," jelasnya.



Mengenai gelaran bapa tunggal kepada dua anak dimiliki lelaki itu, Mawar tidak pernah menjadikan usia mahupun status sebagai penghalang untuknya menjalinkan hubungan cinta.

"Komen negatif adalah normal dan perkara sebegitu tidak memberikan kesan kepada saya. Ia asam garam dunia artis dan kita tidak boleh menutup mulut orang lain. Bagaimanapun sehingga kini, lebih banyak komen positif yang diterima, berbanding negatif," kata Mawar.

Pasangan ini juga sudah mula berlakon bersama di dalam sebuah telemovie yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Kami mendoakan kebahagiaan Mawar dan Raf. Semoga hubungan mereka ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: