08 March 2017

FILEM MUNAFIK 2: SYAMSUL YUSOF NAFI NABILA HUDA TOLAK TAWARAN



Pelakon popular Nabila Huda, 33, sebelum ini memberitahu bahawa dia terpaksa menolak dengan cara baik tawaran Syamsul Yusof untuk berlakon dalam filem 'Munafik 2' arahannya.

Ini kerana kata Nabila atau lebih mesra disapa Abil, dia terikat dengan komitmen lain iaitu sibuk menjalani penggambaran untuk drama bersiri 100 episod.

"Memang Syamsul ada tawarkan kepada saya, tapi tak boleh nak buat. Pada masa sama, saya terikat dengan jadual kerja lain. Lagipun penerbit drama bersiri itu sudah mendapatkan tarikh saya sejak tahun lalu lagi.

Klik untuk gambar besar




"Penggambaran drama itu dijadual berlangsung awal April ini sehingga Januari 2018. Jadi, saya menganggap tak ada rezeki nak berlakon dan bekerjasama dengan mereka lagi," jelasnya.

Bagaimanapun, Syamsul yang juga pelakon utama filem itu menafikan Nabila menolak tawaran itu kerana katanya watak Maria dibawa Nabila sebelum ini sudah mati.

Dalam pada itu, Syamsul turut mengesahkan pelakon 'Pontianak Harum Sundal Malam' iaitu Maya Karin telah dipilih untuk menggalas watak utama yang juga watak baru dalam filem itu.



"Nabila tak berlakon bukan sebab dia menolak, tapi saya tak ambil. Saya juga yang memilih Maya dan ia memang betul," katanya.

Menurut Syamsul, dalam Munafik 2 masih ada watak Maria tetapi hanya untuk babak imbas kembali dan akan dibawa oleh pelakon lain.

"Saya tak terkejut pun dengan keputusan ini kerana saya juga yang menulis skripnya. Watak Maria memang sudah dimatikan dan tak boleh disambung," tuturnya.

Terdahulu, filem seram itu pernah mencatatkan rekod kutipan tertinggi sebanyak RM19 juta pada Februari tahun lalu sekaligus menjadi sejarah dalam perfileman tempatan.




Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: