09 March 2017

ISU BERTUNANG: "YUNA TAK MARAH CUMA TERKEJUT" - PENGURUS



Didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya, Adam Sinclair yang tular di laman sosial sejak semalam, penyanyi popular Yuna, 30, menerusi pengurusnya, Nor Zaina Wardah atau Wawa tampil menafikan berita berkenaan.

Jelasnya gambar mereka berpakaian sedondon yang tersebar di laman sosial itu adalah gambar lama yang diambil pada 25 Disember tahun lalu.

"Gambar itu diambil ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan pemuzik, AG Coco sebelum ini. Kalau tidak percaya, peminat boleh tengok gambar itu di Instagram Yuna kerana AG turut bergambar bersama mereka.

Klik untuk gambar besar




"Yuna tidak marah, cuma dia terkejut saja dengan gosip itu. Setakat ini, Adam juga tidak ada keluarkan sebarang komen mengenai gosip yang mendakwa mereka bertunang itu," katanya.," katanya.

Ditanya sejauh mana hubungan Yuna dengan Adam yang merupakan adik kepada Ashraf Sinclair dan juga seorang penerbit itu, Wawa berkata, mereka memang sudah lama berkawan.

"Mereka makin rapat sejak setahun lalu dan kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Buat masa ini, Yuna memang sibuk dengan kerjayanya dan belum ada perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat ini," jelasnya.



"Wawa berkata, Yuna juga baru pulang ke Malaysia tiga hari lalu dan akan berada di sini sehingga Sabtu dan kembali semula ke AS selama seminggu," katanya.

Gosip mendakwa Yuna bertunang bermula selepas penyanyi itu memuatnaik gambar bersama Adam dengan berpakaian sedondon buat pertama kali di Instagram pada Disember lalu. Yuna juga didakwa menerima lamaran Adam minggu lalu.

Spekulasi mengenai percintaan pasangan ini hangat diperkatakan sejak September 2015 apabila gambar mereka bersama Ashraf dan isterinya, Bunga Citra Lestari bercuti di Los Angeles tersebar.






Sumber: Harian Metro
Foto: Yuna IG & Adam Sinclair IG



         ________________________





No comments: