10 March 2017

"SAYA AKAN PASTIKAN GIA KE SEKOLAH AGAMA" - LANA NODIN



Pelakon Lana Nodin atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin, 37, yang bergelar isteri kepada David atau Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei 2015 itu memberitahu bahawa beliau akan memastikan puteri sulungnya, Gia Quinn McKienzie, dihantar ke sekolah agama bagi mendapat didikan sewajarnya.

Kata Lana, beliau mahu Gia yang baru berusia setahun lebih itu mendapat bimbingan sepatutnya dan berpengetahuan dalam ajaran Islam.

"Sebagai ibu, saya mahu anak saya mempunyai asas pendidikan agama. Selain ke sekolah biasa, saya akan pastikan Gia ke sekolah agama bagi mendapatkan pendidikan formal ajaran Islam.

Klik untuk gambar besar




"Pastinya setiap ibu bapa mahukan anak mereka membesar menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa," katanya.

Tambah Lana, Gia tidak menghadapi masalah dengan gaya hidup mereka meskipun beliau dan suami berulang-alik antara Malaysia dan Amerika Syarikat serta beberapa negara lain, memandangkan lelaki terbabit seorang pemain dan jurulatih bola tampar Amerika Syarikat.

Beliau berkata, Gia yang dilahirkan pada Januari 2016 itu lebih selesa dengan cuaca sejuk dan tidak begitu tahan dengan suhu panas.

"Kadang-kadang kami suami isteri kesejukan dalam pendingin hawa, sedangkan Gia selesa dan tidak memerlukan selimut," ujarnya.



Sementara itu, Lana dan suami kini turut mengeluarkan produk makanan kesihatan yang dikatakan mampu membantu mengurangkan lemak.

"Produk yang saya keluarkan adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman suami yang sememangnya seorang atlet. Jadi, bahan yang kami gunakan selamat serta sesuai dengan badan," tuturnya.

Beliau antara selebriti bakal menyertai LeFest, iaitu bazar gaya hidup yang menampilkan pembaharuan dengan memastikan harga mampu milik bagi pembeli dan juga peniaga.














Sumber: Berita Harian
Foto: Berita Harian, Lana Nodin IG & David McKienzie IG



         ________________________





No comments: