03 March 2017

SELAMAT BERSALIN - 'ALEENA ROSE', NAMA ANAK NADYA SYAHERA



Tahniah diucapkan buat pelakon Nadya Syahera yang telah selamat melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya dengan Fizul Nawi.

Difahamkan, Nadya yang terkenal menerusi karakter Bella, watak antagonis yang dibawanya menerusi drama bersiri 'Dia Semanis Honey' itu bersalin awal dari jangkaan iaitu pada bulan empat ini.

Klik untuk gambar besar




Berita gembira yang dikongsikan oleh suami Nadya menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya itu turut memberitahu nama bayi perempuan mereka itu adalah 'Aleena Rose'

"Syukur, walaupun awak keluar awal, Alhamdulillah semua selamat. @aleenarose_," tulisnya yang turut memberitahu bahawa anak mereka yang baru lahir itu sudah mempunyai akaun Instagram yang dibuat khas untuknya.

Dalam pada itu, ruangan komen di IG Nadya dipenuhi dengan ucapan tahniah dan selamat menjalani tempoh berpantang.




Sumber: Astro Gempak & Fizul Nawi IG
Foto: Astro Gempak, Fizul Nawi IG, @wieda_waheeda & @ritarahmann



         ________________________





No comments: