28 March 2017

ZARINA ANJOULIE BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP IBU PELAKON TERKENAL



Pada 23 Mac lalu sekitar jam 7.39 petang, pelakon Zarina Anjoulie Mohd Fahizul, 31, telah membuat laporan polis terhadap ibu seorang pelakon terkenal di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut Zarina ketika dihubungi, tindakan tersebut dibuat selepas diburukkan oleh wanita itu menerusi laman sosial Instagram.

Katanya lagi, masalah cemburu terhadap perniagaan menjadi punca ibu pelakon wanita ini berbuat demikian terhadapnya.

Klik untuk gambar besar




"Ketika mula berniaga dahulu, saya memang mengambil produk daripada wanita ini untuk dijual. Harga yang diberikan boleh dikatakan agak mahal juga.

"Selepas itu saya dapat produk serupa daripada pembekal lain dan menghentikan urusan dengannya secara baik," katanya.



Tambah Zarina, sejak itu wanita terbabit mula melemparkan pelbagai tohmahan terhadapnya.

"Dia mula menyentuh peribadi saya dengan mengungkit kisah silam serta memaki hamun pelanggan yang mempertahankan saya.

"Bukan itu saja, anak lelakinya juga bertindak keterlaluan apabila menghantar mesej berbaur ugutan. Disebabkan tindakan itu melampaui batas, saya bertindak membuat laporan polis," jelasnya Zarina yang mempunyai seorang lelaki bernama Gabriel Martin Ezra.






Sumber: Harian Metro
Foto: Harian Metro & Zarina Anjoulie FB



         ________________________





No comments: