16 March 2017

ZURIAT: "BELUM ADA REZEKI LAGI" - ALYAH



"Kami buat check-up semua okay," demikian kata Datin Alyah yang masih belum dikurniakan cahaya mata.

Dalam masa sama, Alyah memberitahu bahawa dia dan suaminya, Tok Ram (Datuk Ramli MS) tidak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat tetapi belum dikurniakan rezeki lagi.

"Tak rasa saya dan Tok Ram merancang sebab umur saya dah 36 Tok Ram pula dah masuk 58. Saya rasa belum ada rezeki lagi.

Klik untuk gambar besar




"Bila tengok Youtube Ustaz Kazim macam dia cakap, kalau saya pertikaikan macam saya bertanyakan pada yang atas (Allah). Itu sebenarnya tidak baik.

"Saya nak menjadi kalau sekiranya dikurniakan saya terima, tak bagi pun saya terima," katanya ketika ditemui media di Majlis Sidang Media Fashion, Health, Beauty & Lifestyle Exporia.


Sumber: Rotikaya



         ________________________





No comments: