10 April 2017

25 FOTO - NIKAH SENYAP, FAYE KUSAIRI KINI ISTERI AZMI HATTA



Pelakon Faye Kusairi yang sering berdolak dalik mengenai tarikh pernikahan, kini sudah selamat bergelar isteri kepada pengarah Azmi Hatta semalam.

Menerusi laman Instagram, Faye telah memberi bayangan bahawa dirinya itu akan bernikah dengan duda anak satu apabila memuatnaik gambar kad undangan perkahwinannya.

Menyokong lagi perkara tersebut adalah apabila kelab penyokong Faye sendiri telah berkongsi beberapa gambar dipercayai berkaitan dengan majlis nikah pelakon terbabit.

Klik untuk gambar besar




Difahamkan, Faye dan Azmi selamat bernikah di kawasan kondominium yang terletak di Taman Cempaka Jalan Ampang. Dalam pada itu, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, telah menerima mas kahwin RM300.

Tindakan Faye yang berdiam diri dan bernikah secara senyap bersama bekas suami Elly Mazlein itu membuatkan ramai peminat terkejut dan membuat pelbagai spekulasi mengenainya.

Bagaimanapun setakat ini, Faye masih belum memberikan sebarang komen mengenai majlis perkahwinannya yang dilangsungkan secara rahsia itu.



Terdahulu, Faye menafikan dia bakal berkahwin dalam masa terdekat selepas memuatnaik gambar kad dan senarai jemputan di Instagram miliknya pada 30 Mac lalu.

Ketika ditanya mengenainya, Faye memaklumkan gambar dimuatnaik itu adalah kad jemputan majlis hari jadi anak saudaranya.

Apa yang pasti berita perkahwinan di antara Faye dan Azmi pasti mendapat respon yang berbeza dari peminat, tengok sahaja akaun Instagram Faye.

Apapun tahniah diucapkan kepada Faye dan Azmi. Semoga perkahwinan yang dibina akan kekal sepanjang hayat.














































Sumber: Harian Metro
Foto: @fayekusairilovesklub



         ________________________





No comments: