26 April 2017

ADIB KHALID SAHKAN BAKAL NIKAHI IZARA AISHAH TAHUN INI



"Ya, kami akan berkahwin tahun ini," kata anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid yang enggan berselindung mengenai perancangan perkahwinan bersama pelakon Izara Aishah.

Adib yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios itu bagaimanapun belum bersedia berkongsi tarikh dan butiran majlis perkahwinan mereka.

"Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Insya-Allah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua," jelasnya.

Klik untuk gambar besar




Dalam pada itu, ditanya sama ada majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada Ogos depan seperti didakwa, Adib tetap tidak berganjak dengan jawapannya.

"Kami masih dalam perbincangan. Apabila tiba masanya, saya akan kongsikan berita gembira ini," ujarnya.

Desas-desus mengenai perkahwinan Adib dan Izara mulai diperkatakan awal tahun ini. Namun, ketika itu Izara tidak memberikan sebarang kepastian mengenai perancangan majlis perkahwinan mereka.

Dengan perkongsian tersebut, tentunya membuatkan peminat pasangan ini merasa teruja. Semoga perancangan mereka berdua untuk ke jinjang pelamin akan dipermudahkan.














www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: