08 April 2017

KALI KE-3 GAGAL: "SERIK UNTUK KAHWIN LAGI" - DATO' SERI VIDA



Semua sedia maklum mengenai perceraian antara Dato' Seri Vida dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin yang sah bercerai talak satu.

Pagi semalam, Dato' Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman bersama suaminya itu telah hadir ke Mahkamah Syariah untuk proses lafaz cerai.

Klik untuk gambar besar




Ditanya mengenai punca perpisahan perkahwinan yang bertahan selama tiga tahun tersebut, Vida sukar untuk memberikan komen.

"Tak tahu nak cakap. Kami berpisah cara mudah, dipersetujui dengan mudah. Tidak ada apa-apa perkara berbangkit selepas perpisahan ini Buat masa ini serik untuk kahwin lagi," jelas Vida ringkas.

Namun Vida menegaskan bahawa dia tidak mahu melayan perasaannya itu.



"Saya harus kuat. Rancang tumpu pada bisnes, buat yang terbaik untuk perniagaan. Saya tak mahu layan perasaan ini. Begitu juga dengan anak-anak, mereka ada bertanya, mereka boleh terima dan mereka juga perlu kuat.

"Saya bercadang untuk bercuti selama 10 hari bersama keluarga. Pergilah ke mana-mana," jelasnya yang enggan berkongsi destinasi percutiaan mereka sekeluarga kali ini.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan ketiga Dato' Seri Vida.


Sumber: Media Hiburan



         ________________________





No comments: