21 April 2017

KESAL BUKA TUDUNG - ZARINA ZAINUDDIN TARIK DIRI DALAM 'DENDAM AURORA'



"Kak Ina sudah berbincang dengan penerbit dan Alhamdulilah, kakak tak jadi teruskan ambil watak tersebut. Kakak tolak cara baik dan terangkan pada penerbit. Penerbit pun faham situasi yang Kak Ina lalui sekarang ini.

"Berkenaan dengan babak yang dah shoot tu, mereka akan reshoot semula dan watak akak akan digantikan dengan orang lain," kata pelakon Zarina Zainuddin yang kesal membuka tudung untuk menjayakan watak di dalam drama 'Dendam Aurora'.

Tindakan Zarina yang membuka tudung dalam drama tersebut telah mengundang kritikan netizen beberapa hari lepas yang mempersoalkan tentang penghijrahannya.

Klik untuk gambar besar




Terdahulu, Zarina mengakui bahawa dia dalam proses berhijrah dan mungkin akan membuka tudung jika diminta berbuat demikian demi mengikut watak yang diterima.

Jelasnya dia memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan tindakannya dan anggapalah bahawa dia kini masih lagi dalam proses penhijrahan dan akan memperbaiki diri.

Bagaimanapun, setelah berfikir secara dalam dan menyesali tindakannya membuka tudung, Zarina memberitahu beliau telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada berlakon di dalam drama tersebut.



Pelakon berusia 46 tahun ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada penerbit dan semua yang terlibat kerana memahami dirinya.

Zarina juga berharap peminatnya mendoakan agar beliau dimurahkan rezeki lain selepas ini.

"Terima kasih kepada semua. Doakan Kak Ina dapat cari rezeki untuk anak-anak. Kami harapkan duit pulut kuning sahaja dan lakonan akak.



"Semoga Allah permudahkan jalan hidup Akak untuk terus membesarkan anak dan memberi kehidupan yang selesa untuk mereka. Amin," terangnya sayu.

Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat tawaran berlakon di dalam drama 100 episod dan ia antara pengorbanan besar yang Zarina lakukan.

Nampaknya Zarina telah mengambil satu keputusan yang agak drastik tetapi ia demi kebaikannya juga. Zarina enggan isu ini terus berpanjangan dan pelbagai lagi spekulasi liar timbul.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan




         ________________________





No comments: