04 April 2017

MASIH DALAM PANTANG - FARHAN AF4 GAGAHI BUAT PERSEMBAHAN



Bekas bintang kelahiran Akademi Fantsia musin ke-4 (AF4), Farhan Azizan, 32, telah mengejutkan peminatnya apabila tampil menyanyi dalam satu acara di sebuah hotel, baru-baru ini.

Ini kerana, Farhan masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Souffea Zulaeqha, pada 17 Mac lalu.

Farhan ketika dihubungi berkata, dia sudah mendapatkan nasihat doktor sebelum membuat persembahan itu.

Klik untuk gambar besar




"Selain sudah mendapat kebenaran daripada doktor yang merawat saya ketika bersalin, saya juga sudah lama berjanji dengan rakan yang menganjur program itu. Saya tetap menjaga pantang dengan berstokin dan pemakanan," jelasnya.

Menurut Farhan, penganjur turut menyediakan makanan yang boleh dimakannya memandangkan Farhan masih dalam tempoh berpantang.

"Saya bersalin melalui pembedahan dan saya berpantang dengan menggabungkan cara moden serta tradisional. Saya juga berurut tetapi tidaklah di sekitar perut.



"Menurut doktor, dalam masa 10 hari pembedahan itu akan pulih sebab itu saya gagahkan diri pergi ke majlis itu kerana tidak mahu menghampakan sahabat saya.

"Lagi pun saya bukannya melompat atau berlari, saya hanya berdiri sambil menyanyi. Menurut nasihat doktor, saya kena banyak berjalan untuk mengelakkan darah beku," katanya yang turut berkata akan kembali aktif bulan depan.

Ketika ini, Farhan sedang menjalani tempoh berpantang di rumah ibu bapanya di Pandan Indah, Ampang, di sini, dan minggu depan dia akan di rumah mentuanya di Kuantan, Pahang.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: