01 April 2017

SAMAN FITNAH: SHILA AMZAH KALAH, BAYAR RM20K - INI TEGURAN WARTAWAN



Penyanyi Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah semalam dilaporkan telah kalah dalam kes saman yang difailkan terhadap salah seorang wartawan hiburan akhbar Kosmo sekitar tahun 2014.

Pihak Shila mendakwa artikel yang ditulis oleh wartawan Kosmo berunsur fitnah itu disiarkan dalam akhbar berkenaan pada 17 September 2014.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut memerintahkan penyanyi itu dan syarikat Shila Amzah Entertaiment Bhd. selaku plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada akhbar Kosmo selaku defendan.

Klik untuk gambar besar




Shila, 27, yang diwakili peguam K. Mahendra dan syarikatnya, Shila Amzah Entertainment Berhad selaku plaintif memfailkan saman terhadap defendan pada 16 Januari 2015.

Dalam masa sama, perkara itu mendapat perhatian Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) iaitu, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Menerusi akaun Instagram miliknya, beliau ada membuat sedikit teguran. Menurut Tengku Khalidah, seseorang artis itu bukan menerima pujian sahaja, tetapi mereka juga harus bersikap terbuka sekiranya dikritik.




Maliah (mendukung anak) bersama barisan peguamnya selepas menang kes saman

Sumber & foto: Kosmo & Tengku Khalidah Tengku Bidin IG



         ________________________





No comments: