01 April 2017

34 GAMBAR - SHARNAAZ AHMAD & NOOR NABILA KINI SUAMI ISTERI



Tahniah diucapkan buat pelakon Sharnaaz Ahmad diatas pernikahannya dengan Noor Nabila apabila mereka selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 9.15 malam semalam (31 Mac 2017), setelah 2 tahun menyemai cinta.

Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu menyaksikan Sharnaaz dan Nabila dinikahkan oleh Ustaz Hj. Syamsul Firdaus Bin Hj. Mohd Supri Al-Hafiz iaitu Imam Masjid Damansara Perdana, Petaling Jaya selaku wakil wali dan disahkan oleh Ustaz Muhammad Nazmi Bin Abdul Samat iaitu Imam Masjid Al-Makmuriah, Petaling Jaya.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu, Sharnaaz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Manakala mas kahwin pula sebanyak RM 1000. Namun, wang hantaran dirahsiakan.

Klik untuk gambar besar




Pada majlis istimewa tersebut, Sharnaaz kelihatan segak berbaju melayu serba putih hasil rekaan Putra Cosry manakala Nabila pula kelihatan anggun dan menawan mengenakan busana pengantin yang direka khas oleh Datuk Radzwan Radzwil.

Difahamkan, majlis resepsi bagi pihak perempuan akan diadakan pada 2 April 2017 bertempat di Royal Chulan Damansara manakala bagi majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 16 April bertempat di Straits Quay Convention Centre, Penang.

Untuk rekod, Sharnaaz Ahmad pernah menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Shila Amzah sekitar 2011 dan hubungan mereka berakhir sekitar 2013. Dalam pada itu, Nabila yang merupakan kakak kepada Noor Neelofa itu pernah berkahwin pada Julai 2013, dan berpisah pada 2014.


































































Foto: Wedlocx



         ________________________





No comments: