Setelah menunggu untuk sekian lamanya, akhirnya pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana kini bergelar ibu bapa apabila anak sulung lelaki mereka selamat dilahirkan kira-kira pukul 6.30 pagi tadi (Rabu).
Berita gembira ini dikongsikan oleh Syamsul sendiri menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.
Syamsul memuatnaik gambar anaknya yang diberikan nama 'Syaikhul Islam' dengan kapsyen meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang sudah bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka.
Klik untuk gambar besar
"Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan, bidang dan cara. Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang islam yang ikhlas wahai Syaikhul Islam Bin Mohd Shamsul. Marhaban ya Syaikhul Islam.. Marhaban.. Terima kasih isteriku @puterisarahliyana," kata Syamsul di IGnya.
Ruangan komen di IG Syamsul dipenuhi dengan ucapan tahniah dan ada yang mendoakan kesejahteraan Syamsul sekeluarga.
Untuk rekod, Syamsul bernikah dengan Sarah pada 8 Mac 2014 di Masjid Sri Damansara, Petaling, Selangor.
Tahniah kami ucapkan dan semoga keluarga kecil mereka ini akan sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan. InshaAllah.
www.myartis.com / Sumber: Syamsul Yusof IG & mStar
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment