13 April 2017

"SUAMI PESAN DOAKAN YANG BAIK-BAIK" - FAYE KUSAIRI



Pelakon Faye Kusairi yang selamat bergelar isteri kepada pengarah Azmi Hatta Ahad lalu, telah tampil dengan harapan agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat rumah tangga mereka.

"Suami berpesan doakanlah yang baik-baik untuk kami sekeluarga dan terima kasih.

"Pada masa yang sama saya sebagai isteri akan bekerja seperti biasa. Manakala tentang batas ketika berlakon, suami saya ada pesan juga seperti mana suami lain pesan kepada isterinya," ujar Faye.

Klik untuk gambar besar




Sementara itu bercakap mengenai bulan madu pula, kata Faye yang mereka belum membuat sebarang keputusan untuk pergi berbulan madu, memandangkan masing-masing sibuk dengan jadual kerja.

"Mengenai bulan madu tu kami memang tak ada perancangan lagi sebab suami pun sibuk dengan kerja untuk drama yang akan keluar pada bulan Ramadan nanti. Dan saya pun sibuk dengan persiapan untuk berlumba (race) juga," jelasnya.



Untuk makluman, ini merupakan perkahwinan ketiga bagi Azmi dan pertama bagi Faye. Perkahwinan pertama, Azmi dikurniakan dua orang anak lelaki bernama Azam, 16, dan Aqif, 15.

Manakala perkahwinan kedua pula, Azmi pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Elly Mazlein pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.

Hasil perkahwinan tersebut, Azmi dan Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia setahun.








Sumber: Media Hiburan
Foto: Faye Kusairi IG, @mr.studio.academy & @fitryramly



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...