12 April 2017

ANAK DAPAT SAMBUNG PENGAJIAN DI TURKI - NORMAN HAKIM RASA SYUKUR



Tahniah diucapkan buat pelakon Norman Hakim apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 14, diberi peluang untuk menyambung pengajian hafazannya di Turki.

Norman berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) beserta gambar surat tawaran anaknya baru-baru ini.

Dalam status tersebut, Norman berkata yang perasaan bercampur-baur apabila mengetahui mengenai tawaran anak lelakinya itu.

Klik untuk gambar besar




"Alhamdulillah, abang Danish Hakim terpilih antara 10 pelajar untuk sambung pengajian kat Turki untuk settlekan hafazan dia lagi 7 juzuk berdasarkan prestasi semasa.

"Perasaan saya bercampur-campur sebenarnya. SYUKUR, GEMBIRA, SEDIH, HIBA semua cukup. Ni anak pertama saya, darah daging saya merangkap kawan baik saya dunia akhirat yang boleh saya bawak berbual share macam-macam.

"Saya tanya Danish, dia suka tak terpilih? Dia cakap inilah doa dia siang & malam untuk sambung pengajian kat sana.

"Dulu pernah rasa macam ni masa mula-mula dia nak masuk asrama, sekarang ni dia nak pergi jauh kat perantauan orang pulak tu.



"Saya cubalah cari kekuatan dengan izinNya, dalam masa sama kalau ada kawan-kawan kat sini yang pernah ada pengalaman macam ni, mohon bagi saya kata-kata semangat & motivasi ye.

"Saya amat memerlukan #hatiseorangayah #sedihsangatrasatapitakpedemiperjuangananakdanislam #rayanantitaktahulamacamana @memeysuhaiza @abby_abadi112 @jaiezzany," tulis Norman di IGnya.

Dalam pada itu, ruangan komen IG Norman juga dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru, Norman juga memberitahu Danish kini dalam proses menguruskan pasport antarabangsa dan sibuk membuat persiapan untuk ke negara berkenaan pada Mei ini.






Sumber: Astro Gempak & Norman Hakim IG
Foto: Norman Hakim IG



         ________________________





No comments: