12 April 2017

SERINA REDZUAWAN AKUI BELUM BERCERAI DENGAN SUAMI



Isu keretakan rumah tangga anak Chef Wan, Serina Redzuawan bersama suami, Gavin Edwan O’ luanaigh mula bertebaran sekitar Januari lalu. Malah, ada dakwaan mengatakan mereka sudah bercerai.

Serina yang sebelum ini berdiam diri, akhirnya tampil membuka mulut mengenai gosip rumah tangganya itu.

Menurut Serina, beliau dan suami masih lagi dalam usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Tiada juga kehadiran orang ketiga.

Klik untuk gambar besar




"Dalam proses maknanya belum lagi bercerai. Kami masih lagi dalam proses perbincangan dan belum naik mahkamah sebab kita nak berkahwin satu perkara yang baik mendirikan masjid, jadi bila kita nak berpisah tu apa pun kena berfikir dan berbincang betul-betul.

"Dalam perkahwinan ini juga tidak ada yang nak bersatu kemudiannya bercerai. Justeru doakanlah yang terbaik agar masalah ini dapat diselesaikan, insya-Allah. Pastinya tiada kena mengena dengan orang ketiga.

Biasalah rumah tangga ada asam garamnya betul tak? Bercinta pun macam itu juga, apapun sama-sama kita doakan supaya Serina dapat selesaikan masalah rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Serina dan suami, Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghafar bernikah sekitar tahun 2010 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.


Sumber: Media Hiburan



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...