"Berhubung desas desus pertunangan dan perkahwinan yang tersebar, itu semua khabar angin semata-mata. Saya setakat ini tidak ada sebarang perancangan.
"Saya berharap, tiada lagi spekulasi seperti ini," kata penyanyi Yuna berhubung isu dirinya yang bakal bertunang Oktober depan dan bakal berkahwin Ogos 2018 dengan Adam Sinclair.
Baru-baru ini, penyanyi antarabangsa itu sekali lagi dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Adam Sinclair. Mereka berdua difahamkan akan mengikat tali pertunangan pada bulan Oktober depan sebelum mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2018.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Yuna mengakui sedang mengenali hati budi Adam dan beliau juga pernah memuatnaik status di Instagram dengan kata-kata romantis ditujukan buat lelaki tersebut. Ramai mempercayai pasangan ini sedang hangat bercinta.
Yuna juga sebelum ini pernah menafikan spekulasi yang mendakwa kedua-duanya sudah bertunang apabila memuatnaik gambar berdua dengan memakai pakaian berwarna sedondon.
Hubungan rapat Yuna dan Adam mula dihidu oleh media tempatan sejak setahun lalu. Tentu sekali peminat Yuna mahukan kepastian kerana sudah beberapa kali juga berita seperti ini tersebar.
Sumber: Utusan
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment