12 April 2017

"TAK TENANG, BERTUDUNG KERANA INDIVIDU TERTENTU" - SARA ALI



Kerana tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit, pelakon Sara Ali akhirnya tampil menjelaskan mengenai imej terbaharu apabila tersebarnya gambar beliau tidak memakai tudung ketika bercuti di China baru-baru ini.

Dalam penjelasan khas yang dibuat menerusi Facebook Live itu, Sara memberitahu tindakan beliau yang menutup aurat sejak tahun lalu bukanlah atas kerelaan ataupun keihklasan hatinya sendiri. Namun, beliau memaksa dirinya untuk berubah kerana individu dan sebab tertentu.

"Apa yang saya lakukan ini bukan patut dibanggakan pun tetapi saya sudah lama berfikir dan tidak mahu menyembunyikan hal ini.

Klik untuk gambar besar




"Keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan banyak pihak termasuk keluarga saya dan beberapa orang lain dalam industri hiburan terutama wartawan.

"Setahun saya rasa bersalah dan hidup saya tidak tenang. Tidur pun tak lena. Mula-mula fikir nak diamkan diri tetapi sampai bila saya harus hidup dengan keadaan sebegini?

"Saya akui saya berhijab bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu (yang tidak mahu saya sebutkan)," jelasnya.

Sara juga memohon maaf kepada peminat yang kecewa dengan berita ini dan beliau juga sudah bersedia untuk berdepan dengan segala kritikan ataupun kecaman daripada masyarakat.



"Ini silap saya, sepatutnya saya bertindak menggunakan akal tetapi tidak. Saya buat (berhijab) sesuatu atas sebab sesuatu.

"Saya meminta maaf sebab tidak menjadi diri sendiri, tetapi saya sudah cuba yang terbaik. Saya tidak suka bangun tidur dengan perasaan bersalah dan menipu semua orang selama setahun," katanya.

Dengan penjelasan ini, mungkin ramai yang kecewa dengan Sara kerana sebelum ini beliau memberitahu sudah mendapat hidayah Allah SWT untuk menutup aurat tanpa sebarang paksaan.

Bagaimanapun, perkara yang terjadi tidak mungkin boleh di ubah kembali. Janganlanh terlalu mengecam Sara dan berdoa agar satu hari nanti pintu hati Sara akan terbuka dengan ikhlas untuk kembali menutup aurat dan supaya perubahannya itu kekal.




Sumber: Astro Gempak & Sara Ali FB



         ________________________





No comments: