21 April 2017

WARAN TANGKAP - NELYDIA SENROSE BERHADAPAN DENDA, HUKUMAN PENJARA



Disebabkan tidak hadir memberi maklumat cukai, Nelydia Senrose akhirnya diberi waran tangkap oleh mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor kerana tidak hadir bagi menghadapi tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).





Untuk info, aktress itu dikatakan gagal mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu tahun taksiran bermula 2009 hingga 2013. Dia juga berhadapan satu lagi pertuduhan kerana iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDNM.

Waran tangkap tersebut telah diminta dikeluarkan oleh Peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya terhadap Nelydia selepas gagal hadir sesi sebutan kes pada 12 April lalu.



Awalnya, saman telah dikeluarkan terhadap tertuduh pada 11 April.

Dalam kes tersebut, Nelydia berdepan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Majistret P. Sarulatha menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh baharu sebutan kes berkenaan.


www.myartis.com / Sumber: Mstar / Foto: Nelydia IG




         ________________________





No comments: