01 May 2017

12 GAMBAR - REMY ISHAK KINI TUNANGAN ORANG?



Pelakon Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak dikhabarkan sudah melangsungkan pertunangan secara rahsia di Pahang dengan seorang wanita yang dikenali Ezza Yusof.

Difahamkan, wanita tersebut merupakan pengasas kepada 2morrowbridestory yang popular dengan produk kasut pengantin yang mempunyai rekaan cukup unik.

Biarpun masih tiada pengesahan daripada pihak Remy sendiri, namun menguatkan lagi kebenaran berita tersebut apabila Insta Stories di Instagram milik Ezza ada menunjukkan dirinya dan Remy yang sedang duduk bersama di atas pelamin.





Malah, pelakon Nad Zainal juga turut mengucapkan tahniah di ruangan komen. Jurugambar rasmi untuk majlis berkenaan juga mengucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk merakam momen indah Ezza dan Remy.

Lebih menarik, gambar Ezza yang manis di majlis pertunangan itu turut terselit nama Remy yang di tag pada gambar terbabit.

Bagaimanpun kami tidak pasti sejauh mana kebenaran berita ini. Apapun jika benar Remy sudah bertunang, tahniah diucapkan kepada pasangan ini.

Harapnya segala perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin pula akan dipermudahkan. Akhirnya Remy bertemu dengan seseorang yang tepat buat dirinya.

Klik untuk gambar besar























www.myartis.com / Foto: Ezza Yusof IG, @ridzuan_ramli_82 & Forum CARI




         ________________________





No comments: