11 May 2017

6 FOTO - ISTERI SELAMAT LAHIRKAN 'BABY GIRL', NUBHAN KINI BERGELAR BAPA



Tahniah diucapkan kepada bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6), Nubhan yang kini begelar bapa apabila isterinya, Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan anak sulung mereka.

Difahamkan, isteri Nubhan melahirkan seorang bayi perempuan di Hospital Pakar KPJ Seremban semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Nubhan menerusi laman Instagram miliknya hari ini.





Untuk rekod, pemilik nama sebenar Ahmad Nubhan Ahamad, 31, dan Afifah berkahwin pada pada 29 Ogos 2015 di Seremban, Negeri Sembilan.

Semoga kehadiran cahaya mata ini akan memurahkan lagi rezeki dan menambahkan sinar kebahagiaan dalam hidup Nubhan dan isteri.

Nampaknya hari raya tahun ini bertambah meriahlah dengan kehadiran orang baru dalam keluarga itu.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Nubhan IG




         ________________________





No comments: