11 May 2017

KINI HAMIL ANAK KE-4 - 'JAUH' SINGLE TERBAHARU VELVET AF4



Sudah lama kita tak mendengar berita mengenai Velvet Lawrence Aduk, 30, iaitu isteri kepada vokalis kumpulan Estranged, Richael Lawrence Gimbang, 35.

Tup-tup kini Velvet sedang hamil tujuh bulan anak keempat hasil perkahwinannya dengan Rich. Selain itu, Velvet turut tampil dengan single terbaharu berjudul 'Jauh' hasil cipta sendiri sepenuhnya setelah hampir lima tahun berehat.

Velvet mengakui bahawa lagu tersebut berkisarkan kehidupan peribadinya berhubung cinta dan perkahwinan dengan suami.





Pelantun lagu 'Kini Detiknya' itu turut berkongsi pengalaman susah senang membesarkan tiga cahaya mata, Joshia, 8, Caroline, 6 dan Kianu, 3.

"Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh saya namun turut mendapat bantuan dari segi susunan lagu daripada suami sendiri, Rich.

"Lagu ini merupakan karya pertama saya sebagai seorang penulis lagu. Kali terakhir saya hadir dengan single ialah pada 2012 menerusi lagu Tanpa Terluka.

Klik untuk gambar besar


"Selepas lima tahun, saya rasa cukuplah tempoh berehat dan kini mahu kembali menyanyi," ujar Velvet dipetik sebagi berkata.

Ditanya adakah lagu tersebut juga mempunyai kaitan dengan suaminya, Velvet tidak menafikannya.

"Perkara tersebut tidak boleh dinafikan. Kami selalu bergaduh (ketawa) tetapi biasalah dalam rumah tangga, ada naik dan turunnya. Bukan sahaja mengenai Rich, lagu ini juga tentang keluarga.



"Kadang-kadang banyak perkara yang terlepas pandang disebabkan salah faham dan perbezaan jarak. Ia adalah satu perkara yang menjadi lumrah dalam kalangan manusia," jelasnya.

Dalam pada itu, meskipun kini sedang hamil, Velvet yang kini bernaung bawah syarikat rakaman Paranomal Records berkata yang ia tidaklah mengganggu fokus untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

"Benar. Sebenarnya kami pun tidak merancang untuk menambah bilangan anak tetapi semua ini adalah rezeki.



"Saya pun sudah maklumkan kepada pihak Paranormal selepas disahkan hamil. Mahu atau tidak, promosi untuk single ini harus tetap berjalan.

Kata Velvet lagi, walaupun sibuk dengan urusan keluarga, dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian yang sudah sebati dalam dirinya sejak menyelinap ke dalam industri muzik tanah air seawal usia 19 tahun.

"Menjaga dan membesarkan anak bukan satu perkara yang mudah. Banyak yang saya belajar daripada anak-anak apatah lagi saya baru berusia 30 tahun namun anak sudah mahu masuk empat orang.



"Suami dan keluarga banyak memberikan galakan dan bantuan kepada saya untuk terus kuat. Ada ketika, saya berasa mengapa perlu kembali menyanyi kerana saya sudah tua.

"Namun apabila difikir semula tentang apa yang saya lakukan (menyanyi) ia adalah atas dasar minat. Saya masih menyanyi dan menerima undangan nyanyian di Sabah.

"Sudah dua tahun saya bekerja sebagai juruhebah radio di stesen Kupi-Kupi FM. Saya mengendalikan Steady Ko Geng yang bersiaran setiap hari pukul 4 petang hingga 8 malam," ," tuturnya.










www.myartis.com / Sumber: Kosmo




         ________________________





No comments: