11 May 2017

16 GAMBAR - SUASANA MAJLIS BABY SHOWER SHARIFAH SAKINAH



Pelakon Sharifah Sakinah yang bakal bersalin bila-bila masa ini telah mengadakan majlis baby shower termasuk majlis melenggang perut bertempat di kediaman keluarganya di Taman Melawati petang semalam.

Jika mengikut perkiraan doktor, Sakinah sepatutnya melahirkan anak sulungnya semalam, bagaimanapun masih belum ada tanda untuk isteri kepada Aliff Adha Jamil ini.





Pemilik nama penuh Sharifah Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 27, ini mengakui cukup teruja dan bersedia menyambut orang baharu.

Dalam pada itu, Sakinah memberitahu bahawa beliau dan suaminya itu telah memilih nama untuk anak mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Kata Sakinah, dia dan suaminya itu memilih nama 'Anais Adha' untuk anak perempuan sulung mereka setelah meneliti maksud nama tersebut dalam beberapa bahasa yang bermaksud rahmat, mulia dan anggun.

Klik untuk gambar besar


"Saya hanya menunggu masa bersalin. Kalau tidak hari ini, mungkin esok atau lusa. Perkataan Anais itu ada yang bermaksud rahmat, mulia dan anggun. Semoga ia memberi yang terbaik untuk anak kami ini, Insya-Allah," katanya yang menunggu detik kelahiran.

Terdahulu, Sakinah telah mengumumkan berita kehamilannya itu sekitar awal Januari lalu selepas mengalami keguguran pada tahun lalu. Pasangan ini juga tidak berdolak-dalih berkongsikan jantina bayi mereka serta nama anak.

Apapun, semoga segala urusan bersalin Sakinah dipermudahkan dan dilahirkan dengan selamat dan sihat.






























www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: