10 May 2017

DIANGGAP IKON POLIGAMI: "SAYA BELUM LAYAK"- ASHRAF MUSLIM



Kita semua mengetahui bahawa hidup berpoligami bukan suatu perkara mudah kerana seseorang suami itu bukan sekadar perlu berlaku adil terhadap pasangan namun harus bijaksana dan disiplin dalam mengemudi rumah tangga.

Maka dari itu ramai yang menggangap pelakon Ashraf Muslim, 35, sebagai ikon poligami apabila dia dilihat berjaya menggemudi rumah tangganya dengan baik bersama dua orang isterinya.

Bagaimanapun bagi Ashraf, dia merasakan dirinya itu belum lagi layak untuk dianggap sebagai ikon poligami.





Sebaliknya kata Ashraf, dia masih lagi banyak belajar dan Nabi Muhammad sentiasa dijadikan rujukan dalam kehidupan seharian agar rumah tangganya kekal bahagia.

Pemilik nama sebenar Muhad Ashraf Muslim, 35, ini,

"Kalau ada yang hendak beri gelaran itu saya memang langsung tidak layak kerana saya sendiri masih lagi banyak belajar namun Alhamdulillah rumah tangga saya bersama dua isteri bahagia.

Klik untuk gambar besar


"Contoh ikutan saya hanya seorang iaitu Nabi Muhammad dan sunahnya dalam mengemudi dua bahtera ini kerana Baginda ikon paling baik," katanya.

Untuk info, Ashraf berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Makkah dan kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Selatan Thailand.

Pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf (3 tahun), Anas Ashraf (1 tahun 8 bulan) dan Adam Ashraf (1 tahun 6 bulan).



Sementara itu, Ashraf berkata, sebagai suami dia perlu mendisiplinkan diri dan bijaksana terutamanya dalam membahagikan masa dalam semua aspek agar kehidupannya seimbang dan dapat berlaku adil.

"Apabila saya kata suami perlu bijaksana bukannya bererti perlu pandai menipu tetapi bijak membahagikan masa antara kerja, keluarga dan rakan-rakan.

"Sabar itu juga penting kerana kalau tiada kualiti itu mungkin akan timbul masalah dan ini saya terapkan dalam rumah tangga saya.

"Bukan saya tidak pernah mengalami masalah tetapi sebagai manusia kita belajar dan perbaiki kesilapan selain berbalik kepada agama, Insya-Allah semuanya akan menjadi baik," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: