10 May 2017

GARA-GARA FOTO MATERNITY 'UNIK' - SYATILLA MELVIN DIKECAM



Semua sedia maklum yang isterinya kepada Shaheizy Sam, Syatilla Melvin pagi semalam telah selamat melahirkan anak sulung mereka.

Sebelum bersalin, Syatilla telah mengabadikan saat-saat indah dengan cara melakukan maternity shoot yang unik berbanding artis lain iaitu berfoto dalam tub mandi.

Bagaimanapun, foto maternity shoot yang dikongsikan Syatilla itu mendapat reaksi berbaur di laman sosial miliknya.





Ini kerana ada segelintir warga laman sosial kurang selesa dengan persalinan yang dipakai oleh pelakon wanita berkenaan lebih-lebih lagi apabila dia turut berendam di dalam tub mandi.

Ada yang menyifatkan gambar tersebut sangat sakit mata untuk dilihat dan turut menyelar tindakan Syatilla kerana perkara tersebut dilihat tidak mematuhi syariat Islam.

Apa pun, pasangan ini tidak mudah melatah dengan perkara tersebut. Semoga segala perancangan mereka dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki.






















www.myartis.com / Sumber & foto: Syatilla Melvin IG




         ________________________





No comments: