10 May 2017

TAHNIAH - ISTERI AZWAN KOMBOS, EZZATY ABDULLAH SAH HAMIL



"Pada mulanya saya rasa pelik mengapa sudah 45 hari tidak datang haid. Saya tidak mahu berharap yang saya hamil kerana sebelum ini saya pernah kecewa.

"Saya beritahu Azwan tentang itu dan dia minta saya buat pemeriksaan terlebih dahulu. Alhamdulillah keputusan positif saya yang saya hamil," kata isteri kepada Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah yang mengesahkan dirinya kini sedang hamil sembilan minggu.





Sebelum ini, Ezzaty pernah mendedahkan rasa sedih apabila hajatnya untuk hamil ketika menunaikan umrah tidak kesampaian.

Ditanya mengenai alahan, Ezzaty berkata, dia belum lagi mengalami alahan seperti yang dilalui wanita hamil lain.

"Sekarang ini saya masih belum muntah-muntah teruk hanya beberapa hari sekali sahaja. Saya lihat Azwan pula yang sering sakit kepala dan tidak sihat, mungkin dia yang terkena alahan itu," ujarnya.



Sementara itu, kata Ezzaty, dia masih meneruskan beberapa penggambaran drama dan filem sehingga Aidilfitri sebelum bercuti panjang.

Difahamkan, Ezzaty dan Azwan yang berkahwin pada 16 Julai 2016 itu dijangka menimang cahaya mata pertama mereka pada Disember depan.

Siapa sangka akhirnya impian Ezzaty untuk hamil anak pertama akhirnya tercapai. Kami berharap agar Ezzaty diberi kesihatan yang sihat sehingga bersalin kelak semoga segalanya berjalan dengan lancar.








www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: