09 May 2017

ANAK SELAMAT DILAHIRKAN - SAM & SYATILLA KINI BERGELAR IBU BAPA



Alhamdulillah... tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin apabila cahaya mata sulung mereka selamat dilahirkan hari ini.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pasangan ini menerusi laman Instagram milik masing-masing.

Perkongsian tersebut mengundang rasa teruja di kalangan peminat pasangan sama cantik sama padan ini.





Ada di antara mereka yang mengucapkan tahniah di atas perkara tersebut selain mendoakan agar kesihatan Syatilla akan terjaga. Malah ada juga tertanya-tanya mengenai jantina anak sulung mereka.

Sebelum ini, Sam memberitahu yang dia terus melarang Syatilla untuk terlibat dalam mana-mana penggambaran drama dan hanya perlu berehat saja di rumah setelah mengetahui bahawa isterinya itu mengandung.

Untuk rekod, Shaheizy dan isterinya bernikah pada 8 Februari 2016 iaitu pada ulangtahun kelahiran Syatilla.

Semoga kehadiran cahaya mata ini bakal memeriahkan lagi suasana Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Foto: Shaheizy Sam IG & Syatilla Melvin IG




         ________________________





No comments: