09 May 2017

"TERPAKSA HIBURKAN ORANG KETIKA AYAH KRITIKAL" - DZAWIN



Meskipun mengetahui ayahnya sedang kritikal di hospital, peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) iaitu Dzawin mengakui dirinya terpaksa meneruskan persembahan.

Ini kerana kata Dzawin, dia tidak mahu menghampakan peminat yang hadir serta dirinya yang terikat dengan kontrak.

"Pengalaman paling sedih bergelar seorang pelawak adalah saya harus menghiburkan orang ramai meskipun ketika itu ayah saya sedang kritikal di Hospital.





"Saya harus meneruskan persembahan kerana telah terikat dengan kontrak dan tidak mahu menghampakan peminat yang hadir.

"Pernah juga saya marah kepada diri sendiri apabila memilih untuk menjadi seorang pelawak.

"Namun itu semua merupakan sejarah hidup saya yang pernah dilalui sepanjang bergelar seorang pelawak," akui peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), Dzawin.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, kata Dzawin, itu merupakan pengalaman yang tidak dalam dilupakan olehnya sepanjang bergelar pelawak.

Dalam pentas akhir MLM 2017, Dzawin atau nama penuhnya Dzawin Nur Ikram, 26, telah memenangi tempat ke-3 yang membawa pulang wang tunai RM RM150,000.

Bercerita mengenai kemenangannya itu, Dzawin berkata yang dia tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.

"Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi di final kerana para peserta yang bertanding adalah sangat hebat.

"Bagi saya dapat masuk ke peringkat akhir adalah satu kemenangan memandangkan saya ini merupakan peserta solo.

"Alhamdulillah dengan kejayaan ini dan ia merupakan hadiah kepada peminat yang menyokong serta mengundi saya," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: