25 May 2017

ARTIS KAMPUNG? SAYA TAK KISAH - WANY HASRITA



"Saya tidak kisah apapun gelaran yang ingin diberikan," demikian kata Wany Hasrita, 25, yang dilabel oleh segelintir pihak sebagai artis kampung gara-gara penampilan bertudungnya.

Tambah penyanyi itu, dia sedikitpun tidak terkesan dengan gelaran itu malah menasihatkan masyarakat agar lebih terbuka bagi menghakis pemikiran skeptikal seperti itu.





"Dan seandainya gelaran itu mempunyai kaitan dengan genre muzik balada yang diperjuangkan saya atau nyanyian yang mendayu, Alhamdulillah single pertama saya, Menahan Rindu, diterima baik bukan saja peminat luar bandar tetapi juga warga kota.

"Paling penting bagi saya, lagu-lagu saya dapat menghiburkan pendengar," ujarnya dipetik sebagai berkata pada media di majlis pelancaran sebuah aplikasi di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut penyanyi itu, dia masih lagi membiasakan diri dan belajar untuk menerima keadaan yang dia kini adalah seorang selebriti selepas klip video 'menahan Rindu' di Youtube ditonton melebihi 7 juta kali. Dalam hal ini, dia faham bahawa setiap tindak-tanduknya kini menjadi perhatian ramai.



"Sebelum ini misalnya, ada kelompok netizen yang tidak boleh menerima cara saya yang sedikit gila-gila kerana dikatakan tidak sesuai dengan imej saya yang berhijab.

"Sedangkan saya sama saja seperti remaja seusia saya selain seorang yang ringkas.

"Pun begitu mana komen yang membina saya ambil. Mana yang berbaur menjatuhkan, saya tidak ambil pusing. Saya senang diterima kerana kesederhaan saya," katanya.

Untuk info, Wany baru selesai dengan pengajiannya dibidang Sains Perubatan di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) Shah Alam, Selangor.


Foto: Wany IG / Sumber: HMetro



         ________________________





No comments: