Meskipun telah lewat dua minggu dari tarikh jangkaan, pelakon Sharifah Sakinah, 27, telah selamat melahirkan anak sulungnya secara pembedahan kira-kira jam 9 pagi semalam di sebuah hospital swasta.
Difahamkan, Sakinah dan suaminya, Aliff Adha yang menyambut kelahiran bayi perempuan itu telah memberi nama 'Anais Adha' buat puteri mereka.
Kelahiran anak pertama Sakinah itu dimaklumkan oleh kakaknya, Sharifah Shahira atau mesra dengan panggilan Shiera, menerusi laman Instagram.

Bagaimanapun, gambar dan status yang dimuatnaik tersebut kemudiannya dipadam tidak lama kemudian.
"(Bayi) dilahirkan sekitar 9 pagi tadi, 3.1 kilogram, bayi perempuan rasanya nama Anais Adha.
"Dilahirkan menerusi kaedah pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah 'overdue' lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin.
Klik untuk gambar besar

"Alhamdulillah, mak dan ayah dapat cucu ke-17. Mak ayah Aliff pula menyambut cucu yang pertama," kongsi Shiera.
Untuk rekod, Sakinah selamat bergelar isteri Aliff yang juga seorang juruterbang pada 28 Mac 2015 di Hotel Shangri-La Putrajaya.
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini atas kelahiran bayi pertama mereka. Semoga Sakinah dan juga bayinya itu sihat sentiasa hendaknya.



www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment