24 May 2017

ISU CUKAI DENGAN LHDN - NELYDIA SENROSE ANGGAP SELESAI



"Saya anggap perkara itu sudah selesai dan tak perlu dipanjangkan. Ada salah faham antara saya dan LHDN. Saya mengaku khilaf disebabkan ada perkara yang terlepas pandang.

"Saya patut lihat hal ini dengan lebih mendalam dan teliti," jelas pelakon Nelydia Senrose yang mendakwa sudah menyelesaikan masalah cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kata Nelydia, isu cukai pendapatan berkenaan diselesaikan sekembalinya ke tanah air selepas bercuti baru-baru ini.





Sebelum ini, dunia hiburan gempar apabila LHDN mengeluarkan waran tangkap terhadap Nelydia atau nama penuhnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen selepas pelakon jelita itu tidak hadir dalam prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.

Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

Klik untuk gambar besar


Dia dilaporkan gagal mengemukakan borang taksiran bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Nelydia turut menghadapi satu lagi tuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Ketika waran tangkap dikeluarkan, Nelydia bercuti di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: