"Alhamdulillah kehidupan saya kini telah berubah kerana sebelum ini cuma berdua bersama isteri namun sekarang ini kami telah bertiga.
"Tidak dinafikan banyak perkara baru yang saya telah pelajari dan perkara itu membuatkan saya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.
"Saya juga jadi seperti angau selepas mendapat anak ini kerana bila habis waktu kerja saya akan terus pulang awal untuk melihat anak di rumah.
"Perkara ini juga memotivasikan saya untuk bekerja lebih keras kerana saya ingin memberi kehidupan yang sempurna kepada keluarga pada masa depan," kata Shaheizy Sam yang mengakui bahawa hidupnya telah berubah selepas bergelar seorang ayah.
Jelas Sam lagi, dia kini banyak ingin menghabiskan masa untuk bersama keluarga terutama anaknya selepas habis waktu bekerja.
Tambah Sam, bayi lelakinya itu tidak mempunyai banyak ragam dan berada dalam keadaan yang sihat.
"Alhamdulillah bayi saya tidak banyak ragam dan dia akan berjaga pada waktu pagi untuk menyusu namun dia tidak akan menangis dan akan termenung sahaja," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Sam memberitahu yang beliau masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya yang dilahirkan pada 9 Mei lalu.
Bagaimanapun, aktor berusia 35 tahun ini membuka rahsia nama anaknya itu tetap mengekalkan 'Sam' seperti mana namanya.
"Rasanya belum tiba masa saya umumkan namanya selepas mendengar nasihat orang tua-tua. Insya-Allah apabila tiba masa sesuai saya akan beritahu.
"Tetapi apa yang boleh saya dedahkan saya mengekalkan 'Sam' seperti mana nama saya," jelasnya.
Untuk rekod, Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga mereka pada 8 Februari 2016.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & mStar
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment