"Alhamdulillah, pada jam 5.45 ptg pada 20 Mei 2017, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Aqsa Mainakha.
"Isteri saya bertarung nyawa selama 16 jam 45 minit di Labour Room ditemani saya. Pada jam 5 petang doktor minta saya solat hajat dan doktor cakap kalau jam 6 still bukaan x sampai 9cm mereka terpaksa lakukan proses caesar.
"Pada jam 5.30ptg doktor ambil keputusan untuk lakukan proses vacuum sebab bukaan masih lagi 8cm. Tepat jam 5.45ptg lahirlah seorang khalifah yang beratnya 3.75kg.
"Sepanjang proses kelahiran itu barulah saya sedar betapa susahnya seorang ibu untuk melahirkan anak.
"Kepada mama, maulana minta maaf selama ni kalau pernah meninggi suara dengan mama,terkasar bahasa dengan mama. Semoga mama dan Ajeng (isteri) diberi ganjaran pahala syurga oleh Allah swt.
"Kepada Aqsa Mainakha, daddy beri nama supaya Aqsa juga menjadi insan yang sama2 memperjuangkan dalam membebaskan kiblat pertama umat islam iaitu Masjidil Aqsa.
"Semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti kepada orang tuamu dan agama kamu. Btw kamu dah ada abg bernama Adam Mikail.
Klik untuk gambar besar
"Abg Adam tak sabar nak tengok Aqsa. Terima kasih kepada sahabat2 di social media,saudara mara dan ahli keluarga saya yang sentiasa mendoakan kami sepanjang proses kelahiran.
"Hanya Allah swt yang dapat membalas kebaikan kalian. Ikhlas dari Maulana / Ajeng leony / Aqsa Mainakha..," tulis Maulana AF di laman Instagramnya.
Begitu besar pengorbanan seorang ibu kerana harus bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya.
Apapun, semoga dengan kehadiran si kecil ini bakal memeriahkan lagi keluarga kecil Maulana dan menceriakan suasana.
www.myartis.com / Sumber: Maulana IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment