31 May 2017

IMPIAN JADI KENYATAAN - FIZO OMAR & ISTERI BAKAL TIMANG CAHAYA MATA



Alhamdullillah... tahniah kami ucapkan kepada Fizo Omar, 32, dan isterinya, Mawar Abdul Karim, 28, apabila mereka akhirnya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata setelah hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.

Berita gembira itu diumumkan oleh pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat menerusi akaun Facebooknya.





Sementara itu, Fizo menerusi laman Instagramnya telah meluahkan rasa teruja dan memberitahu bahawa isterinya itu kini sedang hamil dua bulan.

"Alhamdulillah.. Rezeki Ramadhan. Setelah hampir 4 tahun mendirikan rumah tangga dan sabar menanti rezeki zuriat dari Allah SWT.

"Secara rasminya disahkan oleh Prof Datuk Doctor Hamid Arshad yg kini kandungan Mawar baru sahaja berusia 2 bulan (May 2017).

Klik untuk gambar besar


"Semoga berita baik di bulan baik ini diiringi oleh doa kalian semua dan dimakbul oleh NYA.. Ameen YRA..," ujarnya.

Untuk rekod, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013.

Kami mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan olehNya serta diberikan kesihatan yang baik buat isteri Fizo.










www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: