31 May 2017

EZLYNN FAILKAN PERMOHONAN CERAI - SUAMI ENGGAN 'LEPASKAN'



Pergolakan rumah tangga penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Hi Hi Bye Bye' iaitu Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, ak­hirnya terjawab apabila beliau memfail­kan permohonan ce­­­rai terhadap suami­nya, Adam Fahmy Shamsudin di Mahkamah Ren­dah Syariah.

Bagaimanpun, Adam Fahmy selaku defendan tidak bersetuju dengan perceraian yang difailkan oleh Ezlynn pada Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.





Berikutan itu, mahkamah telah memerintahkan kedua-dua pihak untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada ahli keluarga yang rapat dengan plaintif dan defendan bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Pada prosiding hari ini, Ezlynn telah melantik kakak kandungnya manakala Adam Fahmy yang juga pengurus artis itu melantik adik kandungnya sebagai wakil JKP dalam kes perceraian mereka.

Klik untuk gambar besar


Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor kemudian menetapkan 11 Julai ini untuk wakil-wakil JKP membentangkan laporan mereka.

Status rumah tangga penyanyi Ezlynn dan suaminya akan diketahui pada 11 Julai depan selepas jawatankuasa pendamai mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian itu.

Ezlynn dan Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan belum dikurniakan anak.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: