Pelakon Fattah Amin memberitahu bahawa beliau tidak kecil hati dengan gelaran 'Kayu Paling Popular' yang diterimanya, malah menganggap ia sebagai lucu.
Ini kerana gelaran 'Pelakon Kayu' bagi Fattah bukanlah asing walaupun beliau sudah menang besar di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru baru ini.
"Saya ada cakap kayu pun boleh popular ketika menerima trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini.
"Agaknya ada penonton salah faham dan menjadikan perkara itu serius," kata bintang drama bersiri 'Hero Seorang Cinderella' ini.
Selepas anugerah itu, pengguna yang menaip perkataan 'Kayu Paling Popular' di enjin imej pencarian Google akan melihat gambar Fattah.
Bagaimanapun, Fattah tidak cepat melatah dengan tindakan peminatnya yang tiba-tiba sahaja berbuat demikian sehingga viral di laman sosial.
Pelakon berusia 26 tahun itu menjelaskan dia mengucapkan ayat itu pada malam kemuncak ABPBH kerana sering dikritik berlakon seperti kayu.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, aktres Fazura sebelum ini sendiri pernah menafikan gelaran terbabit kerana merasakan Fattah seorang yang berbakat.
"Saya langsung tidak berasa terkilan malah tergelak besar apabila pencarian itu menjadi tular di media sosial," jelasnya.
Dalam pada itu, Fattah yang turut menceburi dunia nyanyian baru sahaja kembali dari Amsterdam selepas lebih seminggu menjalani penggambaran 'Hero Seorang Cinderella' di negara terbabit.
"Walaupun sebahagian episod sudah disiarkan, penggambaran masih berlangsung sehingga 20 Jun ini," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment