06 May 2017

MLM 2017: MUNCUL JUARA LAGI - BOCEY BOLOT RM500,000



Tahniah diucapkan kepada kumpulan Bocey yang dianggotai Fad, Achey dan Abam apabila memegang gelaran juara dua kali berturut-turut dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) iaitu pada tahun 2016 dan 2017.

Kumpulan Bocey diumumkan juara dalam pentas akhir MLM 2017 yang diadakan secara langsung di Dewan Wawasan Jitra, Kedah. Kejuaraan itu sekaligus membuatkan kumpulan ini membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000.

Pentas akhir MLM 2017 itu turut menyaksikan kumpulan Shiro meraih naib juara dan menerima hadiah wang tunai RM250,000.





Biarpun sekadar memenangi tempat ketiga, satu-satunya peserta solo dari Indonesia, Dzawin berpuas hati dengan hadiah RM150,000 yang dimenangi hasil kerja keras selama 12 minggu dalam program komedi itu.

Tempat keempat dan kelima pula diduduki kumpulan Zero dan Puteh yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000.

Bagi pentas akhir MLM 2017, mereka dikehendaki melakukan dua persembahan iaitu bertemakan bebas dan muzikal komedi.

Klik untuk gambar besar


Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM 2017 akhir itu terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Noor Neelofa dan Luna Maya

Persembahan Syamel dalam segmen penghormatan untuk pelawak yang sudah meninggal dunia menyentuh hati penonton sebelum keputusan penuh diumumkan pengacara, Datuk AC Mizal.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: