28 May 2017

SAMBUT RAMADHAN TANPA SUAMI: "CUBA TIDAK MENITIS AIR MATA" - NORA ARIFFIN



Kita semua sedia maklum bahawa penyanyi Nora Ariffin telah kehilangan suami tercinta, Johan Nawawi, pada Mac lalu.

Selepas permegian suami tercinta, Nora kerap dilihat meluahkan serta berkongsi perasaannya menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi status terbaru, Nora mengakui bahawa beliau perlu mencari kekuatan meraikan kedatangan Ramadhan yang kali pertama disambut tanpa suami disisi.

Penyanyi lagu 'Sandiwara' dan 'Hanya Satu' itu berkata, dirinya mencuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata terutama apabila anak bongsunya, Putri Nur Fatehah, 5, meluahkan kerinduan terhadap arwah papanya.





"Selamat menyambut Ramadhan.. Saya sedang mencuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan airmata... Tapi Allah saja yang tahu....

"Waktu terawih, tiba-tiba Putri cakap... mama... I miss papa. Berdoalah sayang... moga kita bertemu papa dijannah nanti... In Shaa Allah.

"Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami sekeluarga. Selamat buat semua.

"Tinggal kenangan. Sudah menjadi rutin biasa, after terawih abang akan tunggu I & putri depan pintu.

Klik untuk gambar besar


"Then I akan salam abang... kita moreh & pulang sama-sama. Kalau di Mekah, after terawih pun sama, abang akn tunggu dan bawak I jalan-jalan dan minum coffee. Seronok sangat.

"Semoga disana nanti, abang juga akan tunggu I macam abang tunggu di dunia.

"Tak sangka Ramadhan tahun lalu adalah kali terakhir untuk abang.. Kali terakhir juga I mencium tangan abang di bulan Ramadhan.

"I nak jumpa abang lagi. Al- Fatihah buat suamiku yang makin dirindui. JOHAN NAWAWI.. 1966-2017," tulis Nora di IGnya.



Johan menghembuskan nafas terakhir jam 6.30 pagi pada 24 Mac lalu di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) kerana serangan jantung.

Allahyarham adalah komposer terkenal yang mencipta nama sejak dekad 1980-an dan antara sentuhan popular pernah dihasilkannya termasuk 'Hanya Satu', 'Desa Tercinta', 'Samudera' dan 'Naluri (Hadirlah Kekasih)' yang dinyanyikan Nora.

Sepanjang kariernya sebagai komposer, Allahyarham turut menghasilkan lagu berunsur ketuhanan seperti 'Erti Al-Fatihah' yang dinyanyikan anaknya, Putri Nur Dahlia.

Lagu itu dimuatkan dalam siri animasi 'Ummi - Ceritalah Pada Kami!' terbitan Hud-Hud Media Sdn Bhd dan Erama Records Sdn Bhd.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Nora Ariffin IGnya




         ________________________





No comments: