27 May 2017

DAPAT PELUANG TERIMA ANAK ANGKAT LAGI - AZHARINA AKUI BELUM BERSEDIA



"Alhamdulillah, ia rezeki Allah, ada orang yang tunggu bertahun-tahun untuk terima anak angkat. Tapi saya ramai pula yang bertanya untuk beri anak kepada saya.

"Saya memang terbuka untuk mengambil anak angkat tapi bukan sekarang, saya masih lagi rasa sedih dengan kehilangan Rizqie.

"Begitu juga anak angkat pertama saya Rahmat yang masih bertanya tentang adiknya," kata penyanyi Azharina yang memberitahu bahawa beliau banyak mendapat peluang untuk memperoleh anak angkat baharu.





Terdahulu, Azharina kehilangan anak angkatnya Rizqie Azharin pada 28 Mac lalu selepas bayi yang berusia sebulan itu mengalami pendarahan otak dan kerosakan pada kedua-dua belah buah pinggang.

Juara Gegar Vaganza musim kedua ini turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang kini berusia tiga tahun.

Sementara itu, Azharina berkata, dia cuba menghilangkan rasa sedih dan rindu kepada bayi tersebut dengan melakukan kerja-kerja rumah.

Klik untuk gambar besar


"Saya sibuk bertukang, buat persiapan cantikkan rumah saya. Dengan cara itu saya boleh lupakan kesedihan terhadap arwah.

"Barang pertama selepas Rizqie meninggal, saya minta pembantu keluarkan ialah tempat tidur bayi yang saya tempah khas daripada kayu berkualiti tinggi. Saya tidak mahu lihat apa-apa yang menginggatkan saya kepadanya.

"Bulan Ramadan ini pasti membuatkan hati saya sayu. Namun saya sudah reda pemergiannya," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: