31 May 2017

TAHNIAH - LUFYA OMAR SAH HAMIL 4 BULAN



"Alhamdulillah, usia kehamilan saya kini mencecah empat bulan," demikian kata penyanyi dan pelakon, Lufya Omar mengenai dirinya yang kini berbadan dua setelah tujuh bulan melayari bahtera rumah tangga bersama seorang doktor.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan oleh Lufya menerusi laman Instagram semalam.

"Terima kasih di atas ucapan yang dikirimkan di laman Instagram setelah saya mula memuatnaik sekeping gambar memaklumkan hal ini semalam.





"Biarpun kami tidak pernah merancang soal memiliki cahaya mata, namun rezeki ini kami terima dengan penuh kesyukuran," ujarnya teruja.

Lufya ketika dihubungi memberitahu yang beliau alami muntah yang teruk di peringkat awal kehamilan sehingga penat namun dia bersyukur keadaannya kini mula beransur pulih.

Dalam pada itu, Lufya mengakui sejak berbadan dua dia lebih peka dengan bau-bauan selain mudah alah dengan beberapa jenis wangian.

Klik untuk gambar besar


"Morning sickness memang ada. Saya jadi lebih peka dengan bau-bauan dan ada di antara bau wangian membuatkan saya rasa nak muntah," katanya.

Ditanya tentang persiapan menyambut kehadiran cahaya mata, Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 32, berkata, semuanya masih terlalu awal untuk itu.

Pun begitu, tidak nafikan dia dan suami sudah mula teruja meninjau barang-barang kelengkapan bayi kebelakangan ini.



"Selepas bersalin, apa yang saya harapakan saya dapat menguruskan badan dengan berpantang mengikut cara Melayu dan Jawa. Dah kurus baru saya sedia kembali berlakon," jelasnya.

Dalam pada itu katanya lagi, demi keselamtan kandungan dia harus akur dengan permintaan suami dan keluarga untuk memperlahankan segala aktiviti seni yang memerlukan masa panjang di set penggamabaran.

Berkongsi tentang perkembangan seni pula, bekas pelajar Akademi Fantasia ke-6 (AF6) ini memberitahu, dia dan suami akan tampil menerusi program 'Romantika' siaran Astro Ria bersempena bulan Ramadan ini.

"Menerusi Romantika, kami akan berkongsi tentang kehidupan selepas berumahtangga selain mengupas lebih lanjut tentang kehamilan ini," tuturnya.

Selain itu, bagi mengisi masa terluang di bulan Ramadan, Lufya kini turut mengeluarkan jenama pakaian raya sendiri bersama suami bawah jenama 'Lulu & Ken'.


www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: