06 May 2017

TAJA ABPBH 3.0: "NAK NAIK PENTAS, DUDUK SAHAJA TAK BEST" - DATO' SERI VIDA



"Setiap kali nak keluarkan tajaan, semestinya saya mahu perjuangkan hak saya. Kita keluarkan duit, tapi terhegeh-hegeh pula merayu nak iklankan produk.

"Sekarang ini saya terpaksa bawa alat ukur tekanan darah setiap kali nak berurusan dengan pihak seperti ini. Hakikatnya saya tak perlu buat tajaan untuk mereka.

"Tajaan ini sudah seperti makanan saya, bukan perkara baharu. Tapi saya tak sangka mereka begitu berkira dan 'kemut'.





"Tak terfikir pula mereka hanya beri klip promosi opening dan closing, saya memang tak sangka skrip pun mereka nak kira.

"Saya kena lebih bijak. Bagi tajaan majlis anugerah kali ini, saya nak pastikan produk saya menjadi sebahagian daripada anugerah.

"Saya juga nak naik pentas, duduk bawah sahaja tak best, itu cara lama," kata pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Dato' Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Seri Vida.

Klik untuk gambar besar


Seperti yang diketahui umum, Dato' Seri Vidaa memang sering memberi penajaan rancangan hiburan dan mungkin layak digelar sebagai 'ratu' penajaan program hiburan pada masa ini.

Namun menurut Dato' Seri Vida, adakalanya beliau berhadapan masalah kesihatan gara-gara mahu mendapatkan pulangan yang sewajarnya selepas berhabis jutaan ringgit.

Akuinya lagi, situasi berkenaan kerap kali dihadapinya apabila berurusan dengan stesen penyiaran yang disifatkan terlalu 'berkira' ruang iklan untuknya.

Difahamkan, hanya tinggal lebih kurang 8 hari sahaja ABPBH 3.0 bakal berlangsung. Anugerah penuh berprestij ini akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen pada 14 Mei ini.






www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: