06 May 2017

21 GAMBAR - DAZRIN SELAMAT NIKAHI KETUA PRAMUGARI



Akhirnya pelakon Dazrin Kamarudin, 29, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Nur Fazulin Razali, 33, dalam majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Avilion Legacy, hari ini.

Bekas juara Fear Factor Malaysia musim satu itu sah menjadi suami kepada gadis berasal dari Cheras, Kuala Lumpur yang juga ketua pramugari sebuah syarikat penerbangan berpusat di Jeddah, Arab Saudi, dengan sekali lafaz.





Dalam majlis yang berlangsug kira-kira pukul 12 tengah hari itu menyaksikan pasangan mempelai ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Razali Din.

Pada majlis tersebut, Dazrin telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran pula dirahsiakan jumlahnya.

Difahamkan, Dazrin mula mengenali Fazulin ketika mereka secara kebetulan berkomunikasi jarak jauh menerusi aplikasi ajuk nyanyian, Smule kira-kira dua tahun lepas.



Kedua-dua pengantin tersebut ceria memakai persalinan warna Rose Golden dengan hantaran sebanyak tujuh dulang bagi pihak pengantin perempuan dan berbalas sembilan dulang oleh keluarga pengantin lelaki.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan turut meriah apabila disaksikan oleh kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga masing-masing dan sahabat terdekat kedua-dua mempelai selain rakan artis tersebut.

Terdahulu, Dazrin pernah mengikat tali pertunangan dengan aktres, Amyra Rosli pada 25 Ogos 2013, namun terpaksa membatalkan hasrat berkahwin yang sepatutnya 8 Ogos 2014.








































www.myartis.com / Sumber: mynewshub / Foto: Dazrin IG, @lailakamalia, @nasihadele & @dianajalal37




         ________________________





No comments: