04 June 2017

10 TERAKHIR RAMADAN - NABIL AHMAD TUNAI UMRAH KALI KE-4, TERUJA BAWA ISTERI



Alhamdulillah... murah rezeki pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad apabila berpeluang sekali lagi menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada 10 malam terakhir Ramadan bagi menunaikan umrah.

Kata Nabil, beliau sendiri tidak menyangka Allah memberikannya rezeki sekali lagi untuk ke sana pada waktu tersebut.

Nabil berkata sukar untuknya menggambarkan perasaan berada di Tanah Suci kerana ia istimewa dan membuatkan sesiapa sahaja terpanggil untuk kembali berkunjung ke sana.





"Tiga kali saya buat Umrah sebelum ini pun rezeki saya dapat pergi pada 10 malam terakhir Ramadan dan Alhamdulillah tahun ini pun sekali lagi dapat peluang sama.

"Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata bila tiba ke tanah suci dan rasanya siapa yang pernah ke sana pasti faham perasaan saya. Apa yang boleh saya katakan memang rasa 'gian' nak ke sana setiap tahun," kata Nabil.

Dalam pada itu, Nabil berkata, pemergiannya ke Mekah kali ini lebih istimewa apabila isterinya, Nazirah Ayub akan menyertainya buat kali pertama.

Klik untuk gambar besar


"Tahun lepas memang saya pernah bawa isteri ke sana tetapi bukan untuk menunaikan umrah semata-mata, sebaliknya turut menjalani penggambaran program Perjalanan Haji Nabil.

"Jadi tahun ini jadi lebih istimewa kerana kami berdua ke sana untuk tunaikan Umrah tanpa terlibat dengan mana-mana program.

"Bagaimanapun anak-anak kami tidak bawa bersama kerana bimbang keselamatan mereka memandangkan waktu itu memang ramai jemaah," ujarnya yang bakal berangkat ke tanah suci pada 14 hingga 24 Jun ini.

Apapun semoga perjalanan Nabil dan isteri ke sana dipermudahkan.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: